Perubahan pada kawalan keselamatan
Bermula 1 November 2023, PPLV tidak lagi menggunakan khidmat kawalan keselamatan dengan syarikat yang sedia ada. Langkah ini diambil untuk menyusun semula pembayaran hutang dengan syarikat berkenaan, dan menamatkan kontrak sedia ada dengan lebih awal untuk tidak menambah hutang yang sedia ada. Ini juga adalah untuk membantu penambah baikan pada bahagian disiplin para pengawal keselamatan.
Bermula 6 Nov 2023, kita melantik AA Commercial Security Sdn Bhd, syarikat penyedia kawalan keselamatan untuk PWLH bagi membekalkan pengawal keselamatan untuk PPLV. Buat masa ini, kita hanya mampu untuk menyediakan seorang pengawal keselamatan. Dengan sokongan penduduk, insyaALlah kita akan kembali memiliki bilangan pengawal keselamatan yang mencukupi.
