FAQ

    Kami sediakan jawapan-jawapan untuk persoalan-persoalan yang kerap ditanya kepada AJK untuk memudahkan pencarian jawapan yang tepat bagi penduduk-penduduk Laman Villa.

    Mengapa kawalan keselamatan tidak menguatkuasakan sepenuhnya pemeriksaan kad identiti untuk penduduk yang tidak membayar yuran keselamatan?

    Semua penduduk Laman Villa memilik hak yang sama untuk akses mudah ke dalam taman perumahan kita. Meletakkan syarat syarat tambahan untuk mereka memasuki taman perumahan mereka sendiri adalah melanggar hak mereka. Selagi kawalan keselamatan mengenali mereka sebagai penduduk Laman Villa, mereka ada hak untuk akses mudah. Namun pihak kawalan keselamatan perlu mengenali penduduk sama ada mengenali wajah penduduk atau melalui tanda pada kenderaan (no plate atau sticker taman)

    Mengapa AJK tidak mewajibkan pembayaran yuran keselamatan untuk semua penduduk Laman Villa?

    Semasa sistem keselamatan (guard house, palang dan road bump) mula di laksanakan, AJK pada ketika itu turut memohon pada MBS untuk menjadikan Laman Villa sebagai kawasan yang diisytiharkan “Gated and Guarded”. Namun kekangan yang dihadapi antara lain bantahan daripada sebahagian penduduk Laman Villa. Namun akhirnya Laman Villa telah dianugerahkan kejiranan “guarded” dengan syarat yuran tidak boleh dipaksa dan akses tidak boleh disekat sebarangan. (perlu penjelasan yang lebih teliti)

    Di mana saya nak buang sampah yang besar seperti perabot atau alatan elektrik yang rosak?

    Hanya letakkan di hadapan rumah anda, dan pihak pengurusan sampah SWM akan datang seminggu sekali pada hari Selasa atau Rabu untuk mengutip sampah-sampah besar. Jika anda rasa sampah anda tidak dikutip pada waktunya, boleh hubungi pihak SWM :

    http://swmresponz.swmsb.com/complaint-bm.html

    SWM Aduan

    Untuk sampah sampah besi boleh hubungi Bro Mani Maran untuk dijual.