MAKLUMAN TENTANG BARRIER GATE LAMAN VILLA
Kami ambil maklum tentang keadaan Barrier Gate kita yang tidak beroperasi dengan lancar setelah sekian lama. Setelah kami selidik, yang berikut adalah keadaan sebentar di guard house kita :
- Hardware barrier gate yang dikatakan sudah uzur dan perlu diganti. – Buat masa ini, kita tak mampu lagi untuk melakukan ini atas kemampuan ekonomi kita.
- Sensor laluan Palang di bahagian visitor ada masalah : palang tidak turun selepas kenderaan melepasi palang
- Motor palang visitor cepat panas. Kerana inilah kita selalu dapati guard selalu membuka laluan visitor untuk membiarkan motor sejuk, supaya tidak ada kerosakan kekal
- Sensor wireless untuk kad access tidak berfungsi dengan lancar.
untuk perkara (2), (3) dan (4) kami sudah panggil syarikat specialist system keselamatan, 3S automation Seremban 2 untuk datang dan trouble shoot system kita untuk kita repair mana yang boleh dan kembalikan kepada fungsi system yang lancar dengan kos yang minimum.
LALUAN KEMASUKAN PENDUDUK YANG TIDAK LANCAR
Ini adalah satu faktor Utama kenapa sebahagian penduduk yang menyokong system keselamatan tidak membayar yuran keselamatan lagi.
Namun dengan sumber yang terhad, kami mulakan dengan menyelenggara system yang ada dengan menggunakan syarikat pembekal alternatif untuk mencari jalan penyelesaian yang paling murah.
Saya tak nak putus asa walaupun sudah beberapa syarikat/wireman dipanggil untuk membaiki system yang ada tanpa ada hasil yang baik. Sebab tu saya cuba dengan syarikat lain pula. Syarikat ini adalah syarikat yang sama menyelenggara system palang keselamatan Lavender Dalam.
Apabila laluan masuk sudah lancar, kita focus pula pada menambah dana persatuan bagi membuka peluang tambah baik yang lain untuk system keselamatan kita.
Sementara itu, saya mengajak sahabat sekalian untuk sama sama bayar, dan ajak kawan kawan dan jiran jiran lain untuk sama sama bayar yuran keselamatan kita. Untuk jiran-jiran yang tidak menyokong system keselamatan, kita hormati keputusan mereka tanpa kita komen atau sindir, tapi kita sendiri cuba bantu untuk hidupkan system keselamatan di Taman kita ini. Apa pun perbezaan kita, kesatuan kita adalah yang paling utama, apa guna ada system keselamatan canggih dan mahal kalau dalam kejiranan pun bergaduh dan bermasam muka.
Untuk itu, ajaklah Jiran-jiran yang masih belum join group ini untuk sama sama berada dalam group ni, fwd pada mereka link ini :
https://chat.whatsapp.com/JWDjFMY8TlFEqY5H8OF0rE
